Tutorial :Design ecover produk digital dengan photoshop

tutorial design ecover

Salam hormat kepada semua yang sudi membaca post saya ini. Ok untuk pertama kalinya saya akan buat satu tutorial design dalam blog minisitelands ini, iaitu tutorial mereka design ecover produk digital anda.

ok sebelum anda mula mengikuti tutorial ni, anda perlu sediakan beberapa perkara penting:

1. software photoshop.

2. gambar-gambar yang sesuai.

3. ecover action script -download here atau di ecovercun ini.

4. biskut kering (jika perlu) hehe

saya akan tunjukkan secara ringkas step by step. langkah pertama jika tiada lagi perisian (software) Adobe Photoshop, anda perlu install dahulu. Anda boleh guna apa-apa version CS yang korang ada, tetapi dalam tutorial ini saya menggunakan photoshop cs4 je.

Step 1:

Buka perisian photoshop anda dan load file ecover action script yang telah anda download tadi. Atau jika anda ingin dapatkan lebih banyak lagi koleksi ecover action script, boleh dapatkan di sini. Caranya klik button “action” pada tool panel CS anda kemudian pilih load action.

1. klik action, 2. klik dan pilih load action

selepas siap load action script, klik anak panah kecil sebelah nama fail action tersebut berdasarkan picture di bawah.

klik anak panah kecil no. 1 kemudian klik step 1 (no2) dan klik butang play.

kemudian akan muncul satu window baru seperti rajah di bawah:

Jadi tugas anda sekarang ialah cuma mendesign bahagian yang telah terpapar pada window baru dalam photoshop anda.

Step 2:  Create New Layer pada layer panel untuk memulakan design ecover anda. Pilih gradients tool (klik G utk shortcut key).

Sebelum tu set warna #f57714 sebagai foreground color dan background color #f5b321.

Pilih reflected gradient kemudian klik pada atas permukaan ecover dan tarik kebawah.

STEP 3: Masukkan picture pilihan sebagai background (download picture). Klik File> Open > pilih picture yang anda sudah download kemudian klik pada gambar tersebut dan tarik masuk ke ruang ecover.

Tips-Jika photo yang anda pilih itu saiznya kecil, right klik pada layer gambar tersebut dan pilih “Convert to Smart Object” utk mengelakkan gambar yang anda besarkan nanti pecah.

ikut seperti rajah di atas

 

Step 4: Masukkan Tajuk Produk anda. Klik pada Text tool pilih font yang sesuai (saya guna-Swis721 BlkCn BT) dan taipkan tajuk produk anda kemudian right click pada layer tersebut dan pilih “Blending option..” setkan ikut kreativiti anda. Dalam tutorial ini saya menggunakan “Drop shadow” dan “Bevel and Emboss” sahaja, kemudian klik OK.

ini lah hasilnya

tambahkan juga ayat lain di bawah tajuk besar, contoh : Teknik memasang sistem opencart pada hosting anda langkah demi langkah.

Masukkan juga gambar object utama dan logo-logo bank yang anda gunakan -cadangan sahaja-

1. Create new layer di bawah text tajuk, pilih brush tool yang sesuai kemudian conteng seperti gambar di atas. (tips- untuk buat garis yang lurus semasa menggunakan brush tool tekan button shift serentak)

2. Masukkan Gambar yang sesuai (businessman) right click pada layer tersebut dan setkan outer glow seperti berikut -

blend Mode: screen
opacity:75%
noise: 10%
color:#808024
Spread:19%
size:120%
kemudian klik OK

3. Untuk buat kawasan putih di bawah ecover tersebut, saya menggunakan “Rectangular Marquee Tool” pada layer baru kemudian dengan menggunakan “Paint Bucket tool” dan pilih warna putih curahkan di dalam kawasan yang telah di buat tadi. Selepas itu masukkan logo2 bank pilihan di situ. -download logo/vector logo bank sini-

Step 5: Klik button play pada action tool panel dan siap.

klik step:2 kemudian tekan butang Play.. tunggu ecover anda siap secara automatik

Dan jika action script anda tiada masalah hasil terakhir akan jadi begini——

-

-

-

-

-

-

TADA dah siap –!! hehe

Ecover produk ebook anda sudah siap sepenuhnya.. Tahniah..!!!

Ok ecover anda sudah siap Tahniah saya ucapankan jika anda juga berjaya mendapatkan hasil seperti ini.. atau mungkin lebih power dari saya.. hehe . Jika anda tidak berjaya atau mungkin tidak faham mana-mana step yang saya telah tunjukkan ini jangan malu untuk bertanya di ruang komen di bawah ini ye..

Kalau anda rasa tutorial ini membantu dan bermanfaat, sila klik button LIKE atau share di bawah k . Trimas.

 

ikhlas,

broFami

Demi kejayaan Internet bisnes anda.. ps: klo anda malas nak buat ecover guna photoshop saya sarankan anda guna je software ni — > www.mudahecover.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments

  1. Pergh! Nice!>…
    nanti boleh buat servis design ecover plak ni~ :)
    Harfiz@Bizstudent recently posted..Tips SEO Mudah untuk Blogger BlogspotMy Profile

    • broFami says:

      mesti la boleh punya kalau dah terror nanti.. erm jangan lupa try tutorial ni ek.. klo ada yang tak faham tanya je trus.. k trimas bro sudi komen..

  2. KiMi XY says:

    Terbaik bro.. hehe.. jelas dan nyata.. :D
    KiMi XY recently posted..Tutorial Untuk Membuat Pulau BuatanMy Profile

  3. Akhi Joe says:

    Olala~ blh sindiket nih. nice.. simple tutorial & easy to understand. Thanks bro! :D
    Akhi Joe recently posted..HowTo: Membeli groupon di GroupsMORE.comMy Profile

  4. salmawati says:

    tengkiu3…mmg tgh wat cover utk ebook…tp ikut arahan dlm tu tak berapa faham…baca yg ni baru faham…tengkiu3!!!

  5. Faris Azaki says:

    Terbaik punyer tips..Dapat ActionScript percuma..kejap lagi boleh la bukak servis dekat fiverr..(tu pun kalau design power la)..hehe..
    Faris Azaki recently posted..3 sebab utama menyimpan bullion perakMy Profile

  6. Kalau guna CS5 kat mana butang step1 tu bro?..heheehe :)
    Harfiz@Bizstudent recently posted..Mudahkah Berblogging?-Kenapa Harfiz masih menulis ?My Profile

  7. RuziAlfatani says:

    Memang sedang mencari tutorial sebegini….memang Xcelen. Sangat bermanfaat. Terima Kasih atas perkongsian bermakna ini.

  8. Ini adalah info yang tepat yang saya cari , terima kasih! Arron

  9. yuris says:

    Boleh ijin copy ke komputer ya…ini berguna untuk pembelajaran saya
    yuris recently posted..Nama-Nama Penerbit Buku Yang Bisa Membantu Anda Menerbitkan Buku SendiriMy Profile

  10. Akhi Joe says:

    bang.. Menbina ke Membina. huhu.. nice simple tuts. :D sindiket! :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge