Tag Archive for newbie

Laporan Percuma untuk membina list responsif

Saya baru sahaja menyiapkan satu laporan khas untuk anda semua memulakan langkah pertama dalam perniagaan internet anda dengan membina list sendiri melalui squeeze page..

bina list sekaraganda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini –> http://minisitelands.com/rekasqueezepage/

itu sahaja sangat mudah..

trimas :-D

 

tips mendapat idea untuk menulis

pen dan kertas

Sebagai seorang blogger atau penulis separuh/sepenuh masa mereka tidak akan lari dari masalah kekeringan idea untuk menulis. Sebenarnya masalah ini dapat di atasi dengan beberapa cara yang mudah, antaranya dengan cara:

Menulis tentang isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.

contohnya dengan membaca surat khabar, berita di TV, radio dan sebagainya. Pelayar internet kebanyakkannya lebih gemar mencari sumber-sumber isu semasa di internet.

Menceritakan pengalaman diri sendiri.

buat satu artikel perkongsian pengalama anda yang dapat memberi mengajaran atau bermanfaat untuk orang lain. samada yang baik atau sebaliknya.

Membaca status rakan-rakan di Facebook

Ramai rakan-rakan kita di facebook suka bercerita atau bertanya pelbagai soalan di wall masing-masing. Cuba anda fahamkan dan buat satu huraian ringkas tentang persoalan atau apa saja yang mereka post di status mereka.

Layari blog-blog yang sama topik dengan blog anda. 

Cari beberapa blog yang sama topik dengan blog anda, pilih salah satu artikel yang sesuai dan buat satu rumusan tentang artikel itu mengikut kefahaman anda sendiri. (Jangan copy paste ok) Anda boleh tambah lagi dengan idea anda sendiri insyaallah.

Sediakan buku nota kecil 

Teknik ini jarang orang amalkan, mungkin sebab rasa leceh nk bawak buku kemana2.. sekarang ni kan dunia semakin maju dengan lahirnya pelbagai jenis gadjet, tiada alasan lagi untuk anda.  Idea ini kadang-kadang datang tanpa di duga, ia akan hilang jika tidak di catatkan,jadi jika ada saje sebarang idea yang terlintas di fikiran cepat-cepat catatkan dalam buku kecil ini atau tulis je dalam hp anda pun boleh.

Gambar-gambar menarik

Dengan melihat beberapa gambar yang menarik perhatian anda, kemudian ceritakan apa yang tersirat dan tersurat pada gambar tersebut. Lebih mudah lagi jika anda mempunyai sebuah kamera untuk merakamkan apa saje yng berlaku di sekeliling kte.

Jika anda juga ada sebarang tips tambahan di persilakan post di ruangan kmen di bwah ini ye.

p.s: adakah anda suka menulis, tahukah anda bahawa dengan menulis sahaja pun sudah boleh menjana pendapatan yang lumayan..????

Mencari niche yang menguntungkan

Mencari niche yang menguntungkan – Lima perkara penting yang anda perlu amati

 

Mencari profitable niche atau niche yang menguntungkan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia boleh menjadi senang jika kita tahu apa yang kita lakukan. Pernahkan anda berfikir bahawa kononnya niche tersebut mempunyai pasaran yang luas. Namun, selepas beberapa ketika jualan untuk produk tersebut tiada atau sedikit.

Untuk mecari niche yang menguntungkan anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas. Anda perlu banyak membaca supaya anda tidak tersilap langkah. Dengan pengetahuan yang luas, anda boleh mengesan sama ada niche tersebut mempunyai pasaran atau tidak. Ya, semua niche mempunyai pasaran masing –masing. Namun, tidak semua pasaran menguntungkan.

Berikut adalah lima perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk mencari niche yang menguntungkan :-

Elakkan memilih niche yang anda rasa anda suka tetapi ia sudah ternyata tidak menguntungkan

Kadangkala, newbie affiliate teruja untuk menjual sesuatu yang mereka suka. Namun, jika niche tersebut tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan, masa dan tenaga anda mungkin terbazir begitu sahaja. Anda perlu peka dan berfikiran logik. Jika pasaran tersebut tidak mempunyai potensi, tidak perlulah anda bersungguh – sungguh mempromosikan sesuatu yang tidak mempunyai potensi pasaran yang luas.

Jangan terperangkap dengan pemikiran anda yang tidak suka akan sesuatu.

Jika anda tidak suka akan niche tersebut, tidak bermakna ia tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan. Anda perlu bersikap rasional di dalam penentuan niche bagi pemasaran affiliate anda. Sesuatu yang mahal tidak semestinya mempunyai pasaran yang kecil. Jangan di sebabkan pemikiran sebegini anda terlepas dari terjumpa niche yang menguntungkan.

 

Sentiasa lakukan kajian keyword

Sentiasa melihat trend semasa di twitter, facebook, google, yahoo , youtube serta berbagai laman sosial dan enjin carian yang ada. Anda juga boleh sentiasa lakukan kajian keyword sendiri. Cari keyword apakah yang mempunyai bilangan carian yang terbanyak. Dari sini, anda mungkin boleh menemui sebutir emas di sebalik bertan – tan pasir yang ada. :-D

Pilih produk berdasarkan kajian keyword anda

Selepas mengetahui apa yang menjadi perbualan semasa atau niche yang menguntungkan, anda perlu pilih produk berkaitan dan lakukan promosi dengan segera. Ini bagi menilai potensi permulaan bagi niche tersebut.  Setkan kempen promosi selama sebulan. Jika dalam  masa sebulan ini, anda boleh memperoleh keuntungan yang memberangsangkan, anda tahu anda telah menemui niche yang hangat.

 

Sentiasa  pelbagaikan niche yang ada

Cuba tanya pada diri anda apa yang tidak kena dengan sesuatu niche itu. Apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan lagi potensi pasaran bagi niche tersebut. Cuba gabungkan berbagai niche dalam satu niche suntuk membentuk satu niche baru yang mempunyai potensi pasaran yang lebih luas. Pendek kata, jangan hanya selesa dengan satu niche sahaja. Pelbagaikan niche yang ada.

p.s: setiap niche ada pasarannya masing – masing, jadi buatlah pilihan niche dengan bijak supaya segala usaha pemasaran anda itu berbaloi dan tidak sia – sia.

 

kenali otai-otai usahawan internet Malaysia

Orang kata jika kita ingin berjaya kita mesti ikut dan belajar dari orang yang berjaya juga. Sebagai seorang internet marketer separuh masa saya ingin berkongsikan dengan anda semua beberapa otai-otai usawahan internet yang terkenal dan telah berjaya perolehi keuntungan yang lumayan daripada perniagaan internet ini. Mereka mempunyai kepakar daripada pelbagai bidang antaranya: ebay, affiliate, grafik design, penulisan, web master, dan lain-lain lagi.  Tanpa membuang masa lagi jom kita usya-usya siapakah gerangan otai-otai yang saya maksudkan itu.

Read more

Jenis-jenis hak jual semula produk digital

Kebanyakkan usahawan internet di malaysia lebih gemar menjual produk digital berbanding produk fizikal, kerana anda boleh memiliki produk digital sendiri dengan mudah dan kos yang rendah berbanding produk fizikal. Seperti yang telah saya kongsikan dalam post yang lepas mengenai Panduan cipta produk digital cara malas anda tiasa alasan lagi untuk memiliki atau mencipta produk anda sendiri.

Anda boleh terus memiliki Produk digital sendiri dengan cara mendapatkan produk yang dijual berserta lesen jual semula (resale right). Dengan mendapatkan lesen jual semula ini anda tidak perlu :

  • Pening-pening mencari idea untuk isi kandungan dan tajuk produk digital anda.
  • Bersusah payah melakukan market research dan survey.
  • Mengupah designer mereka grafik minisite anda.
  • Mengupah penulis surat jualan untuk tarik prospek.
  • Risau jika produk tersebut tiada perminataan.
  • Menghabiskan banyak masa
  • Dan paling best jimat duit poket anda juga. Read more

Maksud sebenar perniagaan internet

 

Perniagaan internet bermaksud sebarang jualan yang di lakukan melalui
medium internet sebagai pengantaraan di antara penjual dan
pembeli, sebenarnya ia sama sahaja dengan perniagaan biasa di
mana peniaga atau usahawan yang mempunyai produk dan servis
memasarkannya kepada pelangan.

mencari makna sebenar perniagaan internet

Cuma yang membezakannya ialah medium pemasarannya sahaja.
Jika perniagaan biasa peniaga memerlukan kedai untuk
meletakkan produknya manakala peniaga internet memerlukan
laman web (domain dan hosting) untuk meletakkan produk mereka.

Read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...