Tag Archive for buat duit

Jemputan Media untuk Sidang Akhbar ‘Fashion Pitch’

Pada 26 April yang lalu iaitu pada hari jumaat minggu lepas, saya telah di jemput oleh rakan blogger saya dari Team Terbaek Network dan 8 orang lagi blogger lain untuk menghadirkan diri ke sidang media ‘Fashion Pitch’ yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara. Sidang akhbar ini adalah gabungan bersama syarikat MyCreative Ventures Sdn.Bhd dan FashionValet Sdn.Bhd.

Saya bersama-sama Team Terbaek Network tiba agak lewat sedikit kerana cuaca pada masa itu kurang baik (hujan) dan kurang arif dengan tempat yang ingin dituju tersebut, hehe. Tepat pada pukul 3.30 petang baru kami sampai ke destinasi sidang media ini. Selapas mendaftarkan kehadiran kami terus masuk ke ‘media room’ untuk mulakan sidang akhbar.

meja pendaftaran

meja pendaftaran

Sesi ini dibentangkan bagi mengumumkan inisiatif terkini disamping memberi peluang kepada penggemar fesyen untuk membentangkan idea, kreativiti dan aspirasi masing-masing untuk menjalankan perniagaan dalam bidang fesyen. Mereka yang terpilih layak untuk memohon pinjaman dari MyCreative yang dianggarkan sehingga RM2 juta. Pergh banyak juga bajet yang diberikan tu.

sidang media dimulakan

sidang media dimulakan

‘Fashion Pitch’ ini diadakan untuk memberikan anjakan paradigma dalam industri fesyen di  Malaysia. Dalam sesi ini juga turut menerangkan bagi mereka yang berminat untuk memohon perlu mendaftarkan diri pada 31 Mei 2013 yang akan datang. Antara perkara wajib yang pemohon perlu tahu adalah mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai minat dalam industri fesyen untuk menyertai pertandingan ini.

Serba sedikit info tentang MyCreative Ventures & FashionValet :

MyCreative Ventures

Idea pelaburan dari pihak kerajaan bagi membangunkan industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan strategik dan inovatif dalam konsep pelaburan ekuiti atau barang.

FashionValet

Salah satu butik fesyen online pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakaian untuk wanita,aksesori dan beg tangan yang klasik dan siap sedia untuk digayakan. Selain itu juga, mereka turut mengajak pada mereka yang berminat tentang fesyen untuk mencuba sendiri pengalaman membeli belah secara online melalui butik yang serba dilengkapi khidmat pelanggan yang sedia menjawab pertanyaan pengunjung dan menawarkan tips penggayaan terkini.

Pada mereka yang berminat, boleh mengemukakan permohonan melalui email kefashionpitch@mycreative.com.my  dan boleh memuat turun borang di laman web rasmi mycreative bersama kertas cadangan.

Calon yang disenaraikan akan dipanggil ke sesi pembentangan “pitch day” pada bulan Jun nanti. Pada hari berikut, panel yang akan mengadili adalah wakil dari FashionValet danMyCreative serta dengan kerjasama bersama 2 orang pereka terkenal Malaysia.

Peserta akan dinilai berdasarkan keunikan idea mereka sendiri. :)

Jadi di bawah ini saya ingin berkongsikan beberapa keping gambar lagi ketika pelancaran acara ini untuk tatapan anda semua jom layan .. :-D
sime 2

sime 3sime 4

dijemput untuk menjamu selera :)

dijemput untuk menjamu selera :)

ini lah makanan yang disediakan

ini lah makanan yang disediakan

time tu hujan memang best minum kopi panas

time tu hujan memang best minum kopi panas

sambil makan borak2 pasal bisnes & blog

sambil makan borak2 pasal bisnes & blog

bonikacak sedang buat magic . haha

bonikacak sedang buat magic . haha

saya bersama farid laham (team terbaekNetwork)

saya bersama farid laham (team terbaekNetwork)

sebelum pulang ambil gambar dulu sebagai kenangan bersama semua blogger

sebelum pulang ambil gambar dulu sebagai kenangan bersama semua blogger

ok itu sahaja laporan saya untuk kali ini, akhir kata dari saya peluang ini sangat sesuai untuk sesiapa yang berminat dan terlibat dalam bidang fesyen & design untuk mengembangkan lagi industri dalam negara ini.

 

 

 

9 Langkah Mengaktifkan Gigs Pertama Anda Di Fiverr

Salam, bertemu lagi kita di sini untuk yang ingin memulakan projek buat duit di fiverr.

pada post saya yang lepas ada menerangkan bagaimana cara mendaftar di fiverr, jadi kali ini saya akan kongsikan langkah – langkah mengaktifkan Gigs pertama anda di fiverr pula..

Langkah 1 :

 

klik add a new gig

klik add a new gig

  • Login ke akaun Fiverr anda. Klik menu tab “Seller”
  • Kemudian pilih Add a new gig.
  • Paparan di bawah akan muncul.

Read more

Majlis Berbuka puasa anjuran PUIM dan Wangcyber

Baru-baru ini pada hari sabtu yang lalu (4 Ogos) Saya telah menyertai satu Majlis Esklusif Berbuka Puasa (MEBP) yang di anjurkan oleh Pihak Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)  bersama dengan Wangcyber – Komuniti Usahawan Internet terbesar di Malaysia. Seramai 76 orang telah menghadiri majlis ini yang berlangsung di Menara Usahawan Putrajaya dan sekaligus sebahagian besar dari mereka menjadi ahli PUIM.

Majlis Di mulakan pada pukul 4.30pm – 5.pm untuk sesi pendaftaran peserta serta solat Asar selepas itu.

sesi pendaftaran

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Presiden PUIM, En Mohd Azrul a.k.a GeroAzrul memberikan penjelasan bagaimana penubuhan PUIM, halangan selama ini, dan bagaimana PUIM dapat maju ke hadapan seiring memberi banyak faedah kepada pasaran dan ahli terutamanya.

Sesi Perkongsian pengalaman dari otai-otai IM, antaranya Pengasas Wangcyber iaitu En Mohd Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Shuth. En Adly Mukhtar merupakan ikon usahawan muda antara paling berjaya pada awal 20an, beliau kini yang berumur 22 tahun telah berjaya dalam apa yang dilakukannya setelah bergelumang dengan pelbagai rintangan berpasukan dalam perniagaan. Zamri Nanyan yang mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang perniagaan Internet turut berkongsi perkara yang penting dalam perkongsian beliau.

Setelah selesai perkongsian pengalaman dan tips dari Otai, tidak lupa juga kepada orang-orang baru dalam IM ini. Antara yang terpilih adalah Hasryn Hamka beliau sekarang membuat apa yang beliau percaya, kekuatan sebenar dan berjaya membina perniagaan dalam latihan dan motivasi, manakala Pn. Emerilda beliau kini mengikut apa yang sebenarnya yang dikatakan passion beliau dengan memberikan tips berniaga melalui media sosial dan berkongsi rahsia kurus dengan mudah, dan Noor Atemar pula berkongsi bagaimana beliau memulakan langkah sebagai usahawan Internet dengan memulakan langkah belajar dengan  platform yang betul. Antara yang banyak membantu beliau ialah Seminar Pemasaran Online oleh Majalah Niaga dan Ebook TeknikFBO dari Tuan JaMaL .

Dan salah satu slot yang paling menarik di Majlis ini adalah hidangan berbuka puasa yang di taja oleh BurgerBakar Kaw Kaw dari burgerbakar.com

saya makan burger ni sebiji dah kenyang Kaw Kaw.. hehe :-D

Selepas selesai solat Magrib dan Berbuka puasa kami berborak-borak dan berkongsi idea mengenai perniagaan masing-masing. Sempat juga kami bertukar-tukar bisnes kad, tapi saya je tak de bisnes kad lagi.. maybe coming soon kot hehe.

habis sahaja sesi sembang santai kami beramai-ramai mengambil photo untuk kenang-kenangan.

sumber maklumat lanjut : Laman Portal PUIM

Cara mendaftar di fiverr.com

Sebelum anda memulakan projek buat duit di fiverr, anda perlu mendaftarkan diri dahulu di website tersebut. Tak susah pun mari saya tunjukkan langkah step by step dibawah:

1. Masuk website Fiverr

2. Klik “Join” pada menu bar kat atas tu.

3. Paparan seperti di bawah akan muncul.

4. Isi je seperti gambarajah di bawah ni.

Read more

Bagaimana Fiverr Berfungsi ?

bagaimana fiverr berfungsi ?

Secara asasnya Fiverr berfungsi secara 2 hala yang melibatkan 2 pihak, iaitu PENJUAL & PEMBELI.

klik READ MORE untuk baca artikel ini TQ

Read more

Laporan Percuma untuk membina list responsif

Saya baru sahaja menyiapkan satu laporan khas untuk anda semua memulakan langkah pertama dalam perniagaan internet anda dengan membina list sendiri melalui squeeze page..

bina list sekaraganda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini –> http://minisitelands.com/rekasqueezepage/

itu sahaja sangat mudah..

trimas :-D

 

tips mendapat idea untuk menulis

pen dan kertas

Sebagai seorang blogger atau penulis separuh/sepenuh masa mereka tidak akan lari dari masalah kekeringan idea untuk menulis. Sebenarnya masalah ini dapat di atasi dengan beberapa cara yang mudah, antaranya dengan cara:

Menulis tentang isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.

contohnya dengan membaca surat khabar, berita di TV, radio dan sebagainya. Pelayar internet kebanyakkannya lebih gemar mencari sumber-sumber isu semasa di internet.

Menceritakan pengalaman diri sendiri.

buat satu artikel perkongsian pengalama anda yang dapat memberi mengajaran atau bermanfaat untuk orang lain. samada yang baik atau sebaliknya.

Membaca status rakan-rakan di Facebook

Ramai rakan-rakan kita di facebook suka bercerita atau bertanya pelbagai soalan di wall masing-masing. Cuba anda fahamkan dan buat satu huraian ringkas tentang persoalan atau apa saja yang mereka post di status mereka.

Layari blog-blog yang sama topik dengan blog anda. 

Cari beberapa blog yang sama topik dengan blog anda, pilih salah satu artikel yang sesuai dan buat satu rumusan tentang artikel itu mengikut kefahaman anda sendiri. (Jangan copy paste ok) Anda boleh tambah lagi dengan idea anda sendiri insyaallah.

Sediakan buku nota kecil 

Teknik ini jarang orang amalkan, mungkin sebab rasa leceh nk bawak buku kemana2.. sekarang ni kan dunia semakin maju dengan lahirnya pelbagai jenis gadjet, tiada alasan lagi untuk anda.  Idea ini kadang-kadang datang tanpa di duga, ia akan hilang jika tidak di catatkan,jadi jika ada saje sebarang idea yang terlintas di fikiran cepat-cepat catatkan dalam buku kecil ini atau tulis je dalam hp anda pun boleh.

Gambar-gambar menarik

Dengan melihat beberapa gambar yang menarik perhatian anda, kemudian ceritakan apa yang tersirat dan tersurat pada gambar tersebut. Lebih mudah lagi jika anda mempunyai sebuah kamera untuk merakamkan apa saje yng berlaku di sekeliling kte.

Jika anda juga ada sebarang tips tambahan di persilakan post di ruangan kmen di bwah ini ye.

p.s: adakah anda suka menulis, tahukah anda bahawa dengan menulis sahaja pun sudah boleh menjana pendapatan yang lumayan..????

Mencari niche yang menguntungkan

Mencari niche yang menguntungkan – Lima perkara penting yang anda perlu amati

 

Mencari profitable niche atau niche yang menguntungkan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia boleh menjadi senang jika kita tahu apa yang kita lakukan. Pernahkan anda berfikir bahawa kononnya niche tersebut mempunyai pasaran yang luas. Namun, selepas beberapa ketika jualan untuk produk tersebut tiada atau sedikit.

Untuk mecari niche yang menguntungkan anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas. Anda perlu banyak membaca supaya anda tidak tersilap langkah. Dengan pengetahuan yang luas, anda boleh mengesan sama ada niche tersebut mempunyai pasaran atau tidak. Ya, semua niche mempunyai pasaran masing –masing. Namun, tidak semua pasaran menguntungkan.

Berikut adalah lima perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk mencari niche yang menguntungkan :-

Elakkan memilih niche yang anda rasa anda suka tetapi ia sudah ternyata tidak menguntungkan

Kadangkala, newbie affiliate teruja untuk menjual sesuatu yang mereka suka. Namun, jika niche tersebut tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan, masa dan tenaga anda mungkin terbazir begitu sahaja. Anda perlu peka dan berfikiran logik. Jika pasaran tersebut tidak mempunyai potensi, tidak perlulah anda bersungguh – sungguh mempromosikan sesuatu yang tidak mempunyai potensi pasaran yang luas.

Jangan terperangkap dengan pemikiran anda yang tidak suka akan sesuatu.

Jika anda tidak suka akan niche tersebut, tidak bermakna ia tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan. Anda perlu bersikap rasional di dalam penentuan niche bagi pemasaran affiliate anda. Sesuatu yang mahal tidak semestinya mempunyai pasaran yang kecil. Jangan di sebabkan pemikiran sebegini anda terlepas dari terjumpa niche yang menguntungkan.

 

Sentiasa lakukan kajian keyword

Sentiasa melihat trend semasa di twitter, facebook, google, yahoo , youtube serta berbagai laman sosial dan enjin carian yang ada. Anda juga boleh sentiasa lakukan kajian keyword sendiri. Cari keyword apakah yang mempunyai bilangan carian yang terbanyak. Dari sini, anda mungkin boleh menemui sebutir emas di sebalik bertan – tan pasir yang ada. :-D

Pilih produk berdasarkan kajian keyword anda

Selepas mengetahui apa yang menjadi perbualan semasa atau niche yang menguntungkan, anda perlu pilih produk berkaitan dan lakukan promosi dengan segera. Ini bagi menilai potensi permulaan bagi niche tersebut.  Setkan kempen promosi selama sebulan. Jika dalam  masa sebulan ini, anda boleh memperoleh keuntungan yang memberangsangkan, anda tahu anda telah menemui niche yang hangat.

 

Sentiasa  pelbagaikan niche yang ada

Cuba tanya pada diri anda apa yang tidak kena dengan sesuatu niche itu. Apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan lagi potensi pasaran bagi niche tersebut. Cuba gabungkan berbagai niche dalam satu niche suntuk membentuk satu niche baru yang mempunyai potensi pasaran yang lebih luas. Pendek kata, jangan hanya selesa dengan satu niche sahaja. Pelbagaikan niche yang ada.

p.s: setiap niche ada pasarannya masing – masing, jadi buatlah pilihan niche dengan bijak supaya segala usaha pemasaran anda itu berbaloi dan tidak sia – sia.

 

kenali otai-otai usahawan internet Malaysia

Orang kata jika kita ingin berjaya kita mesti ikut dan belajar dari orang yang berjaya juga. Sebagai seorang internet marketer separuh masa saya ingin berkongsikan dengan anda semua beberapa otai-otai usawahan internet yang terkenal dan telah berjaya perolehi keuntungan yang lumayan daripada perniagaan internet ini. Mereka mempunyai kepakar daripada pelbagai bidang antaranya: ebay, affiliate, grafik design, penulisan, web master, dan lain-lain lagi.  Tanpa membuang masa lagi jom kita usya-usya siapakah gerangan otai-otai yang saya maksudkan itu.

Read more

Jenis-jenis hak jual semula produk digital

Kebanyakkan usahawan internet di malaysia lebih gemar menjual produk digital berbanding produk fizikal, kerana anda boleh memiliki produk digital sendiri dengan mudah dan kos yang rendah berbanding produk fizikal. Seperti yang telah saya kongsikan dalam post yang lepas mengenai Panduan cipta produk digital cara malas anda tiasa alasan lagi untuk memiliki atau mencipta produk anda sendiri.

Anda boleh terus memiliki Produk digital sendiri dengan cara mendapatkan produk yang dijual berserta lesen jual semula (resale right). Dengan mendapatkan lesen jual semula ini anda tidak perlu :

  • Pening-pening mencari idea untuk isi kandungan dan tajuk produk digital anda.
  • Bersusah payah melakukan market research dan survey.
  • Mengupah designer mereka grafik minisite anda.
  • Mengupah penulis surat jualan untuk tarik prospek.
  • Risau jika produk tersebut tiada perminataan.
  • Menghabiskan banyak masa
  • Dan paling best jimat duit poket anda juga. Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...