Tag Archive for blog

tips mendapat idea untuk menulis

pen dan kertas

Sebagai seorang blogger atau penulis separuh/sepenuh masa mereka tidak akan lari dari masalah kekeringan idea untuk menulis. Sebenarnya masalah ini dapat di atasi dengan beberapa cara yang mudah, antaranya dengan cara:

Menulis tentang isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.

contohnya dengan membaca surat khabar, berita di TV, radio dan sebagainya. Pelayar internet kebanyakkannya lebih gemar mencari sumber-sumber isu semasa di internet.

Menceritakan pengalaman diri sendiri.

buat satu artikel perkongsian pengalama anda yang dapat memberi mengajaran atau bermanfaat untuk orang lain. samada yang baik atau sebaliknya.

Membaca status rakan-rakan di Facebook

Ramai rakan-rakan kita di facebook suka bercerita atau bertanya pelbagai soalan di wall masing-masing. Cuba anda fahamkan dan buat satu huraian ringkas tentang persoalan atau apa saja yang mereka post di status mereka.

Layari blog-blog yang sama topik dengan blog anda. 

Cari beberapa blog yang sama topik dengan blog anda, pilih salah satu artikel yang sesuai dan buat satu rumusan tentang artikel itu mengikut kefahaman anda sendiri. (Jangan copy paste ok) Anda boleh tambah lagi dengan idea anda sendiri insyaallah.

Sediakan buku nota kecil 

Teknik ini jarang orang amalkan, mungkin sebab rasa leceh nk bawak buku kemana2.. sekarang ni kan dunia semakin maju dengan lahirnya pelbagai jenis gadjet, tiada alasan lagi untuk anda.  Idea ini kadang-kadang datang tanpa di duga, ia akan hilang jika tidak di catatkan,jadi jika ada saje sebarang idea yang terlintas di fikiran cepat-cepat catatkan dalam buku kecil ini atau tulis je dalam hp anda pun boleh.

Gambar-gambar menarik

Dengan melihat beberapa gambar yang menarik perhatian anda, kemudian ceritakan apa yang tersirat dan tersurat pada gambar tersebut. Lebih mudah lagi jika anda mempunyai sebuah kamera untuk merakamkan apa saje yng berlaku di sekeliling kte.

Jika anda juga ada sebarang tips tambahan di persilakan post di ruangan kmen di bwah ini ye.

p.s: adakah anda suka menulis, tahukah anda bahawa dengan menulis sahaja pun sudah boleh menjana pendapatan yang lumayan..????

blog minisitelands berwajah baru

Fuhh lega akhirnya siap juga kerja-kerja memasang theme baru dan design header untuk blog minisitelands ni, tapi takde la sampai berpeluh-peluh cuma jari je yang lenguh sikit.. he :-)

Sebenarnya pada minggu lepas saya sudah pasang theme dan menulis post baru dalam blog ini, tetapi semuanya hilang selepas blog ini tidak dapat dibuka beberapa hari. Mula mula agak cuak juga memikirkan masalah ini, saya kemudiannya terus hantarkan satu email bertanyakan kepada admin pihak hosting yang saya guna ini untuk pulihkan semula blog saya. Kemudian saya menerima satu email dari pihak hosting memberitahu bahawa semua file dan blog yang terdapat pada salah satu server mereka mengalami beberapa masalah teknikal dan tidak dapat diakses.

Read more

Maksud sebenar perniagaan internet

 

Perniagaan internet bermaksud sebarang jualan yang di lakukan melalui
medium internet sebagai pengantaraan di antara penjual dan
pembeli, sebenarnya ia sama sahaja dengan perniagaan biasa di
mana peniaga atau usahawan yang mempunyai produk dan servis
memasarkannya kepada pelangan.

mencari makna sebenar perniagaan internet

Cuma yang membezakannya ialah medium pemasarannya sahaja.
Jika perniagaan biasa peniaga memerlukan kedai untuk
meletakkan produknya manakala peniaga internet memerlukan
laman web (domain dan hosting) untuk meletakkan produk mereka.

Read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...