Ramai yang sudah sedar bahawa dengan menghasilkan produk digital yang berkualiti, seseorang itu sudah mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan. Kita mampu untuk membina kredibiliti di mata umum dengan penghasilan produk digital tersebut.
Sebenarnya untuk menghasilkan sesuatu produk digital tidaklah sesukar yang difikirkan. Kebanyakan mereka yang baru (newbie) dalam perniagaan internet ini memberi alasan-alasan seperti tiada bakat untuk mencipta produk sendiri atau tiada bakat menulis boleh diatasi dengan pelbagai cara.
Jadi untuk membantu anda menyelesaikan masalah ini, saya ingin berkongsikan dua idea bagaimana anda boleh mencipta produk digital ini dengan mudah dan cepat. bak kata JaMal – PakarEbook ini adalah cara yang paling malas.
1. Temuramah
sebelum anda memulakan perniagaan internet ini anda mestilah memilih satu niche yang sesuai dengan diri anda dahulu, jadi lebih mudah untuk anda lebih fokus. Jadi sekarang untuk mendapatkan idea mencipta produk digital ini anda hanya perlu cari dan pilih salah seorang usahawan yang sudah berjaya dalam niche pilihan anda itu untuk di temuramah.
Paling menarik anda tidak perlu bersusah payah bertemu dengan Usahawan terbabit, anda hanya perlu sediakan beberapa soalan dalam bentuk text atau video dan hantarkan dan hantarkan soalan temuramah anda melalui email atau anda boleh terus hubungi mereka menggunakan YM, Skype atau pun Facebook Chat.
Pastikan anda rekod atau catatkan di dalam kertas semasa sesi temuramah tersebut dilakukan kemudian anda jadikannya video, audio ataupun ebook dalam format pdf.
2. Menggunakan produk Resale Right
Produk resale right ialah sesuatu produk yang mempunyai lesen yang diberikan oleh penulis/pencipta asal produk untuk anda menjual semula produk yang dibeli dan mengaut keuntungan 100%. Kebiasaannya produk ini di jual dalam bentuk pakej yang lengkap beserta dengan grafik, surat jualan dan file produk digital.
Maka, memang sangat mudah untuk anda memiliki produk digital ni, tidak perlu pening-pening lagi, hanya perlu beli, uploadkan ke hosting dan terus promosi.
setakat ini cuma 2 sahaja idea yang saya berikan, jika anda ada idea lain boleh bagitahu di ruang komen di bawah ini ok..
ikhlas dari saya
broFami..
trimas



salam tuan, terima kasih coz sudi jenguk blog usang saya
nak minta nasihat dengan tuan la sebagai otai IM, ble tak bagi nasihat untuk saya yg sering kekurangan idea dalam menulis ebook sendiri? ingat nak juga cipta ebook sendiri….terutamanya berkaitan niche blogging?
trimas juga sudi melawat dan komen di ruangan ini.. saya belum otai lagi, tapi boleh la beri idea sikit.
untuk mendapatkan banyak idea utk menulis adi boleh mulakan dengan kaji apa masalah yang sering dihadapi oleh
blogger dan soalan2 yang sering di tanyakan oleh mereka,
contohnya:
bagaimana untuk memasang blog,
bagaimana untuk menarik traffik yang tinggi,
bagaimana mendapatkan theme yang menarik,
bagaimana teknik berkesan buat duit di blog dan
banyak lagi mungkin juga berkaitan dengan teknikal blog ke..
harap dapat membantu sedikit sebanyak dengan idea saya yg x seberapa tu..
Produk digital x perlu modal yg besar.
Mmg stuju cara di atas
Mungkin bakat dan skill sgt penting dalam penghasilan
produk digittal yg berkualiti
sekarang ni orang yang tiada bakat dan skill pun dah boleh mempunyai produk digital sendiri.. hehe
[...] rendah berbanding produk fizikal. Seperti yang telah saya kongsikan dalam post yang lepas mengenai Panduan cipta produk digital cara malas anda tiasa alasan lagi untuk memiliki atau mencipta produk anda [...]