Baru-baru ini pada hari sabtu yang lalu (4 Ogos) Saya telah menyertai satu Majlis Esklusif Berbuka Puasa (MEBP) yang di anjurkan oleh Pihak Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) bersama dengan Wangcyber – Komuniti Usahawan Internet terbesar di Malaysia. Seramai 76 orang telah menghadiri majlis ini yang berlangsung di Menara Usahawan Putrajaya dan sekaligus sebahagian besar dari mereka menjadi ahli PUIM.
Majlis Di mulakan pada pukul 4.30pm – 5.pm untuk sesi pendaftaran peserta serta solat Asar selepas itu.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Presiden PUIM, En Mohd Azrul a.k.a GeroAzrul memberikan penjelasan bagaimana penubuhan PUIM, halangan selama ini, dan bagaimana PUIM dapat maju ke hadapan seiring memberi banyak faedah kepada pasaran dan ahli terutamanya.
Sesi Perkongsian pengalaman dari otai-otai IM, antaranya Pengasas Wangcyber iaitu En Mohd Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Shuth. En Adly Mukhtar merupakan ikon usahawan muda antara paling berjaya pada awal 20an, beliau kini yang berumur 22 tahun telah berjaya dalam apa yang dilakukannya setelah bergelumang dengan pelbagai rintangan berpasukan dalam perniagaan. Zamri Nanyan yang mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang perniagaan Internet turut berkongsi perkara yang penting dalam perkongsian beliau.
Setelah selesai perkongsian pengalaman dan tips dari Otai, tidak lupa juga kepada orang-orang baru dalam IM ini. Antara yang terpilih adalah Hasryn Hamka beliau sekarang membuat apa yang beliau percaya, kekuatan sebenar dan berjaya membina perniagaan dalam latihan dan motivasi, manakala Pn. Emerilda beliau kini mengikut apa yang sebenarnya yang dikatakan passion beliau dengan memberikan tips berniaga melalui media sosial dan berkongsi rahsia kurus dengan mudah, dan Noor Atemar pula berkongsi bagaimana beliau memulakan langkah sebagai usahawan Internet dengan memulakan langkah belajar dengan platform yang betul. Antara yang banyak membantu beliau ialah Seminar Pemasaran Online oleh Majalah Niaga dan Ebook TeknikFBO dari Tuan JaMaL .
Dan salah satu slot yang paling menarik di Majlis ini adalah hidangan berbuka puasa yang di taja oleh BurgerBakar Kaw Kaw dari burgerbakar.com
Selepas selesai solat Magrib dan Berbuka puasa kami berborak-borak dan berkongsi idea mengenai perniagaan masing-masing. Sempat juga kami bertukar-tukar bisnes kad, tapi saya je tak de bisnes kad lagi.. maybe coming soon kot hehe.
habis sahaja sesi sembang santai kami beramai-ramai mengambil photo untuk kenang-kenangan.
sumber maklumat lanjut : Laman Portal PUIM



