Kebanyakkan usahawan internet di malaysia lebih gemar menjual produk digital berbanding produk fizikal, kerana anda boleh memiliki produk digital sendiri dengan mudah dan kos yang rendah berbanding produk fizikal. Seperti yang telah saya kongsikan dalam post yang lepas mengenai Panduan cipta produk digital cara malas anda tiasa alasan lagi untuk memiliki atau mencipta produk anda sendiri.
Anda boleh terus memiliki Produk digital sendiri dengan cara mendapatkan produk yang dijual berserta lesen jual semula (resale right). Dengan mendapatkan lesen jual semula ini anda tidak perlu :
- Pening-pening mencari idea untuk isi kandungan dan tajuk produk digital anda.
- Bersusah payah melakukan market research dan survey.
- Mengupah designer mereka grafik minisite anda.
- Mengupah penulis surat jualan untuk tarik prospek.
- Risau jika produk tersebut tiada perminataan.
- Menghabiskan banyak masa
- Dan paling best jimat duit poket anda juga.
Anda tidak perlu melakukan semua perkara di atas kerana kebanyakkan penerbit produk jualan semula telah baik hati menyediakan segala-galanya untuk anda dan membenarkan anda mengaut segala keuntungan 100% jika anda berjaya mendapatkannya dan menjual semula produk tersebut. Jadi masalah untuk anda menjana wang dengan produk digital telah dapat di permudahkan.
Beberapa jenis lesen jual semula.
Saya akan terangkan beberapa jenis lesen untuk produk jual semula yang mendapat sambutan ramai internet marketer, antaranya adalah:
Resell Right - RR
Anda diberikan lesen atau hak untuk menjual sesuatu produk kepada pelanggan anda dan memiliki sepenuhnya keuntungan daripada hasil jualan tersebut – 100% milik anda.
Anda hanya dibenarkan untuk menjualnya sahaja dan tidak sama sekali dibenarkan untuk mengubah suai produk atau memberikan lesen Hak Jualan semula tersebut kepada pihak ketiga/pelangan anda. Secara ringkasnya hanya anda/pemegang lesen RR sahaja dibenarkan menjual semula produk itu.
Master resale right – MRR
Satu lagi lesen jual semula yang popular di pasaran online ialah Master Resale Right atau singkatannya MRR bukan MRR2 yang kat kepong tu ye. MRR bermaksud anda dibenarkan menjual semula sesuatu produk digital itu kepada orang lain. Pembeli dari anda juga dibenarkan untuk menjual semula produk tersebut mengikut syarat yang telah di tetapkan oleh penerbit. Keuntungan 100% milik penjual.
sebagai contoh, anda membeli produk MRR kemudian anda menjualkan kepada abu dan memberikan lesen RR dan abu menjual kepada ali dengan lesen PU(personal use-tidak boleh jual semula) pula. Tetapi ada juga produk MRR yang membenarkan anda memberikan lesen MRR juga kepada pembeli anda, semua itu perlulah merujuk pada syarat yang di tetapkan oleh pengeluar asal produk. Anda perlu baca dan patuhi lesen itu untuk mengelakkan anda di dakwa.
Private Label Right
Bagaimana dengan lesen Private Label Right – PLR pula..?? Untuk lesen PLR memang sangat ramai IM yang berminat untuk mendapatkannya. Ini kerana anda bebas melakukan apa sahaja dengan produk yang berlesen PLR ini. Antara syarat untuk pemilik produk berlesen PLR ialah:
a) bebas melakukan bengubahsuaian kandungan produk.
b) boleh mengaku hasil produk anda.
c) mengambil sebahagian kontent untuk menulis artikel atau ebook lain.
d) mengubah ecover produk.
e) boleh jadikan produk bonus
f) boleh guna untuk sebarang seminar yang di anjurkan.
g) boleh menokok tambah isi kandungan.
h)menukarkan ke bahasa lain (cth: jika PLR dalam bahasa inggeris tukarkan ke bahasa Melayu)
i) menjual dengan lesen MRR, RR atau PU
j) tukar format lain (cth: jika produk PLR dalam bentuk ebook tukarkan kepada video atau audio MP3)
Pendek kata apa-apa sahaja yang anda ingin buat dengan produk PLR ini boleh sahaja. melainkan ada syarat2 tertentu yang telah di tetapkan oleh penerbit produk tersebut.
jadi sekarang anda sudah jelas bahawa produk berlesen Jual Semula ini banyak memberi manfaat dan keuntungan kepada anda yang ingin memiliki produk digital sendiri.. saya rasa anda mesti sudah tahu produk lesen mana kah yang mesti anda miliki dan mulakan menjana pendapatan yang lumayan darinya.. insyallah..
sekian
ikhlas dari saya broFami, jika artikel ini bermanfaat dan dapat membantu anda sila klik button FB like atau button share di bawah ini pada rakan2 yang lain ye.. trimas :-p
p/s: Jika anda berminat untuk pelajari teknik-teknik buat duit dari produk PLR (jual semula) saya sarankan anda dapatkan buku Rahsia Buat Duit PLR dari sahabat saya Tuan Abooain






