Archive for internet Marketing

6 TIPS BAGAIMANA NAK TAMBAH FANS DI FB

Bagaimana nak tambah FANS di fanpage? Ramai antara kita yang ingin me”ramai”kan fan di fanpage kita, tapi tak tahu caranya. Sebab tak tahu tu la ada yang promot fanpage mereka cara SPAM. Anda ingin tahu bagaimana untuk menambah fan di fanpage anda? Klik LIKE. Ianya juga bergantung kepada kerajinan anda.

TEKNIK 1: Anda anjurkan CONTEST. Contest photo terbaik ke, posing terbaik ke, contest komen terbaik ke, atau sebagainya. Apabila anda anjurkan contest seperti ini, perlu guna PhoTO ALBUM di mana semua penyertaan dimasukkan dalam photo album. Dan anda boleh menyuruh fans sedia anda klik LIKE pada photo yang mereka sukai. Dan anda juga boleh menyuruh pserta yang mengambil bahagian menarik fan/frens mereka untuk klik LIKE pada photo mereka. Dan ini secara tidak langsung akan mempromosikan fanpage anda. Si peserta akan cuba mempromosikan photo mereka kepada kenalan mereka. Ini mampu meningkatkan fans anda kerana mereka perlu menjadi fans dahulu sebelum klik LIKE. Dan jika anda ada sediakan landing tab, ini peluang baik untuk anda kumpul list. Bagaimana? Anda sudah tahu kan…

baca lagi di bawah

Read more

Majlis Berbuka puasa anjuran PUIM dan Wangcyber

Baru-baru ini pada hari sabtu yang lalu (4 Ogos) Saya telah menyertai satu Majlis Esklusif Berbuka Puasa (MEBP) yang di anjurkan oleh Pihak Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)  bersama dengan Wangcyber – Komuniti Usahawan Internet terbesar di Malaysia. Seramai 76 orang telah menghadiri majlis ini yang berlangsung di Menara Usahawan Putrajaya dan sekaligus sebahagian besar dari mereka menjadi ahli PUIM.

Majlis Di mulakan pada pukul 4.30pm – 5.pm untuk sesi pendaftaran peserta serta solat Asar selepas itu.

sesi pendaftaran

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Presiden PUIM, En Mohd Azrul a.k.a GeroAzrul memberikan penjelasan bagaimana penubuhan PUIM, halangan selama ini, dan bagaimana PUIM dapat maju ke hadapan seiring memberi banyak faedah kepada pasaran dan ahli terutamanya.

Sesi Perkongsian pengalaman dari otai-otai IM, antaranya Pengasas Wangcyber iaitu En Mohd Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Shuth. En Adly Mukhtar merupakan ikon usahawan muda antara paling berjaya pada awal 20an, beliau kini yang berumur 22 tahun telah berjaya dalam apa yang dilakukannya setelah bergelumang dengan pelbagai rintangan berpasukan dalam perniagaan. Zamri Nanyan yang mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang perniagaan Internet turut berkongsi perkara yang penting dalam perkongsian beliau.

Setelah selesai perkongsian pengalaman dan tips dari Otai, tidak lupa juga kepada orang-orang baru dalam IM ini. Antara yang terpilih adalah Hasryn Hamka beliau sekarang membuat apa yang beliau percaya, kekuatan sebenar dan berjaya membina perniagaan dalam latihan dan motivasi, manakala Pn. Emerilda beliau kini mengikut apa yang sebenarnya yang dikatakan passion beliau dengan memberikan tips berniaga melalui media sosial dan berkongsi rahsia kurus dengan mudah, dan Noor Atemar pula berkongsi bagaimana beliau memulakan langkah sebagai usahawan Internet dengan memulakan langkah belajar dengan  platform yang betul. Antara yang banyak membantu beliau ialah Seminar Pemasaran Online oleh Majalah Niaga dan Ebook TeknikFBO dari Tuan JaMaL .

Dan salah satu slot yang paling menarik di Majlis ini adalah hidangan berbuka puasa yang di taja oleh BurgerBakar Kaw Kaw dari burgerbakar.com

saya makan burger ni sebiji dah kenyang Kaw Kaw.. hehe :-D

Selepas selesai solat Magrib dan Berbuka puasa kami berborak-borak dan berkongsi idea mengenai perniagaan masing-masing. Sempat juga kami bertukar-tukar bisnes kad, tapi saya je tak de bisnes kad lagi.. maybe coming soon kot hehe.

habis sahaja sesi sembang santai kami beramai-ramai mengambil photo untuk kenang-kenangan.

sumber maklumat lanjut : Laman Portal PUIM

Bagaimana Fiverr Berfungsi ?

bagaimana fiverr berfungsi ?

Secara asasnya Fiverr berfungsi secara 2 hala yang melibatkan 2 pihak, iaitu PENJUAL & PEMBELI.

klik READ MORE untuk baca artikel ini TQ

Read more

Mencari niche yang menguntungkan

Mencari niche yang menguntungkan – Lima perkara penting yang anda perlu amati

 

Mencari profitable niche atau niche yang menguntungkan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ia boleh menjadi senang jika kita tahu apa yang kita lakukan. Pernahkan anda berfikir bahawa kononnya niche tersebut mempunyai pasaran yang luas. Namun, selepas beberapa ketika jualan untuk produk tersebut tiada atau sedikit.

Untuk mecari niche yang menguntungkan anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas. Anda perlu banyak membaca supaya anda tidak tersilap langkah. Dengan pengetahuan yang luas, anda boleh mengesan sama ada niche tersebut mempunyai pasaran atau tidak. Ya, semua niche mempunyai pasaran masing –masing. Namun, tidak semua pasaran menguntungkan.

Berikut adalah lima perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk mencari niche yang menguntungkan :-

Elakkan memilih niche yang anda rasa anda suka tetapi ia sudah ternyata tidak menguntungkan

Kadangkala, newbie affiliate teruja untuk menjual sesuatu yang mereka suka. Namun, jika niche tersebut tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan, masa dan tenaga anda mungkin terbazir begitu sahaja. Anda perlu peka dan berfikiran logik. Jika pasaran tersebut tidak mempunyai potensi, tidak perlulah anda bersungguh – sungguh mempromosikan sesuatu yang tidak mempunyai potensi pasaran yang luas.

Jangan terperangkap dengan pemikiran anda yang tidak suka akan sesuatu.

Jika anda tidak suka akan niche tersebut, tidak bermakna ia tidak mempunyai pasaran yang menguntungkan. Anda perlu bersikap rasional di dalam penentuan niche bagi pemasaran affiliate anda. Sesuatu yang mahal tidak semestinya mempunyai pasaran yang kecil. Jangan di sebabkan pemikiran sebegini anda terlepas dari terjumpa niche yang menguntungkan.

 

Sentiasa lakukan kajian keyword

Sentiasa melihat trend semasa di twitter, facebook, google, yahoo , youtube serta berbagai laman sosial dan enjin carian yang ada. Anda juga boleh sentiasa lakukan kajian keyword sendiri. Cari keyword apakah yang mempunyai bilangan carian yang terbanyak. Dari sini, anda mungkin boleh menemui sebutir emas di sebalik bertan – tan pasir yang ada. :-D

Pilih produk berdasarkan kajian keyword anda

Selepas mengetahui apa yang menjadi perbualan semasa atau niche yang menguntungkan, anda perlu pilih produk berkaitan dan lakukan promosi dengan segera. Ini bagi menilai potensi permulaan bagi niche tersebut.  Setkan kempen promosi selama sebulan. Jika dalam  masa sebulan ini, anda boleh memperoleh keuntungan yang memberangsangkan, anda tahu anda telah menemui niche yang hangat.

 

Sentiasa  pelbagaikan niche yang ada

Cuba tanya pada diri anda apa yang tidak kena dengan sesuatu niche itu. Apakah perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan lagi potensi pasaran bagi niche tersebut. Cuba gabungkan berbagai niche dalam satu niche suntuk membentuk satu niche baru yang mempunyai potensi pasaran yang lebih luas. Pendek kata, jangan hanya selesa dengan satu niche sahaja. Pelbagaikan niche yang ada.

p.s: setiap niche ada pasarannya masing – masing, jadi buatlah pilihan niche dengan bijak supaya segala usaha pemasaran anda itu berbaloi dan tidak sia – sia.

 

kenali otai-otai usahawan internet Malaysia

Orang kata jika kita ingin berjaya kita mesti ikut dan belajar dari orang yang berjaya juga. Sebagai seorang internet marketer separuh masa saya ingin berkongsikan dengan anda semua beberapa otai-otai usawahan internet yang terkenal dan telah berjaya perolehi keuntungan yang lumayan daripada perniagaan internet ini. Mereka mempunyai kepakar daripada pelbagai bidang antaranya: ebay, affiliate, grafik design, penulisan, web master, dan lain-lain lagi.  Tanpa membuang masa lagi jom kita usya-usya siapakah gerangan otai-otai yang saya maksudkan itu.

Read more

Kenali affiliate

Affiliate adalah salah satu jenis perniagaan internet yang popular dan paling di gemari oleh ramai internet marketer (IM). Anda pernah dengar atau tahu tak apa yang di maksudkan dengan affiliate..?

Mari sini saya terangkan secara ringkas apa yang di maksudkan dengan affiliate.

Menurut kamus, perkataan Affiliate membawa maksud ; bergabung, bersekutu. Oleh itu, di dalam konteks perniagaan internet ini, program affiliate bolehlah disimpulkan sebagai; satu penggabungan usaha dan perkongsian keuntungan di antara dua pihak, iaitu pihak penjual (pemilik produk) dengan agen penjual (peserta affiliate) .
Di mana setiap peserta affiliate hendak lah mempromosikan dan menjual produk menggunakan link affiliate yang unik kepada prospek, jika ada jualan dari link anda komisyen akan terhasil.

Read more

Sumber Ilmu Perniagaan internet

Jika anda tiada sebarang pengalaman ataupun pengetahuan mengenai Perniagaan Internet ini, anda sebenarnya boleh dapatkan banyak sumber tentang ilmu perniagaan internet ini, antaranya anda boleh dapatkan melalui blog-blog, forum, ataupun melalui Facebook group yang telah di sediakan oleh Internet Marketer.

perniagaan internet

Di bawah ini saya senaraikan link-link yang anda boleh jadikan rujukan dan sumber untuk anda mendalami lagi tentang ilmu perniagaan internet:

Read more

Langkah memulakan perniagaan internet

Salam hormat kepada semua, kali ini saya akan berkongsikan tips bagaimana anda boleh memulakan perniagaan internet anda.

Sebelum anda memulakan perniagaan internet ini, anda perlu tahu niche apa yang sesuai dengan anda dan apa yang ingin anda lakukan. Apa yang ingin di niagakan. Berapa modal yang perlu anda sediakan untuk bermula. Aspek ini sangat penting sepaya
perancangan anda lebih teratur dan jelas.

langkah bijak

Read more

Maksud sebenar perniagaan internet

 

Perniagaan internet bermaksud sebarang jualan yang di lakukan melalui
medium internet sebagai pengantaraan di antara penjual dan
pembeli, sebenarnya ia sama sahaja dengan perniagaan biasa di
mana peniaga atau usahawan yang mempunyai produk dan servis
memasarkannya kepada pelangan.

mencari makna sebenar perniagaan internet

Cuma yang membezakannya ialah medium pemasarannya sahaja.
Jika perniagaan biasa peniaga memerlukan kedai untuk
meletakkan produknya manakala peniaga internet memerlukan
laman web (domain dan hosting) untuk meletakkan produk mereka.

Read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...