Pada 26 April yang lalu iaitu pada hari jumaat minggu lepas, saya telah di jemput oleh rakan blogger saya dari Team Terbaek Network dan 8 orang lagi blogger lain untuk menghadirkan diri ke sidang media ‘Fashion Pitch’ yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara. Sidang akhbar ini adalah gabungan bersama syarikat MyCreative Ventures Sdn.Bhd dan FashionValet Sdn.Bhd.
Saya bersama-sama Team Terbaek Network tiba agak lewat sedikit kerana cuaca pada masa itu kurang baik (hujan) dan kurang arif dengan tempat yang ingin dituju tersebut, hehe. Tepat pada pukul 3.30 petang baru kami sampai ke destinasi sidang media ini. Selapas mendaftarkan kehadiran kami terus masuk ke ‘media room’ untuk mulakan sidang akhbar.
Sesi ini dibentangkan bagi mengumumkan inisiatif terkini disamping memberi peluang kepada penggemar fesyen untuk membentangkan idea, kreativiti dan aspirasi masing-masing untuk menjalankan perniagaan dalam bidang fesyen. Mereka yang terpilih layak untuk memohon pinjaman dari MyCreative yang dianggarkan sehingga RM2 juta. Pergh banyak juga bajet yang diberikan tu.
‘Fashion Pitch’ ini diadakan untuk memberikan anjakan paradigma dalam industri fesyen di Malaysia. Dalam sesi ini juga turut menerangkan bagi mereka yang berminat untuk memohon perlu mendaftarkan diri pada 31 Mei 2013 yang akan datang. Antara perkara wajib yang pemohon perlu tahu adalah mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai minat dalam industri fesyen untuk menyertai pertandingan ini.
Serba sedikit info tentang MyCreative Ventures & FashionValet :
MyCreative Ventures
Idea pelaburan dari pihak kerajaan bagi membangunkan industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan strategik dan inovatif dalam konsep pelaburan ekuiti atau barang.
FashionValet
Salah satu butik fesyen online pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakaian untuk wanita,aksesori dan beg tangan yang klasik dan siap sedia untuk digayakan. Selain itu juga, mereka turut mengajak pada mereka yang berminat tentang fesyen untuk mencuba sendiri pengalaman membeli belah secara online melalui butik yang serba dilengkapi khidmat pelanggan yang sedia menjawab pertanyaan pengunjung dan menawarkan tips penggayaan terkini.
Pada mereka yang berminat, boleh mengemukakan permohonan melalui email kefashionpitch@mycreative.com.my dan boleh memuat turun borang di laman web rasmi mycreative bersama kertas cadangan.
Calon yang disenaraikan akan dipanggil ke sesi pembentangan “pitch day” pada bulan Jun nanti. Pada hari berikut, panel yang akan mengadili adalah wakil dari FashionValet danMyCreative serta dengan kerjasama bersama 2 orang pereka terkenal Malaysia.
Peserta akan dinilai berdasarkan keunikan idea mereka sendiri. ![]()
Jadi di bawah ini saya ingin berkongsikan beberapa keping gambar lagi ketika pelancaran acara ini untuk tatapan anda semua jom layan .. ![]()

ok itu sahaja laporan saya untuk kali ini, akhir kata dari saya peluang ini sangat sesuai untuk sesiapa yang berminat dan terlibat dalam bidang fesyen & design untuk mengembangkan lagi industri dalam negara ini.














